Ahad, 23 September 2012

Kuih Ketayap

             
               Assalamualaikum wrh wbr....

      Pagi ini saya masakkan kuih ketayap untuk sarapan pagi. Dah lama tak buat kuih ni. Tiba-tiba pula teringat nak buat. Tetapi dah tak ingat lagi dari mana saya ambil resepinya. Walau apa pun jua, okey juga lah kuihnya. Rasanya yang tak berapa manis serta ada rasa lemak sikit sebab saya letakkan sedikit santan. Lihatlah resepinya.....






Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan:


Bahan intinya:

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah
1 helai daun pandan

Masukkan kelapa parut, gula merah serta daun pandan di dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacaukan ia sehingga menjadi warna keperangan selama 10 hingga 15 minit. Barulah diangkat dan disejukkan.


Bahan kulitnya:

350 gm tepung gandum
100 ml air daun pandan
600 ml air / santan
1 sdt soda bikarbonate
1 sdt garam
sedikir warna hijau epal

Blend bahan-bahan di atas dan tapiskan. 

Panaskan kuali yang tidak melekat, masukkan adunan ke dalam kuali tersebut. Lenggangkan ia supaya rata.
Tunggu sehingga ia masak, barulah diangkat.

Penyediaannya:

Letakkan inti tadi di bahagian tepi kulit ketayap tersebut. Gulung sedikit, serta lipatkan kedua-dua penghujung dan teruslah menggulung sehingga habis. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk dimakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan