Sabtu, 6 Oktober 2012

Acar Timun

          
         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam sejahtera kepada semua. Hari ini, saya buatkan acar timun untuk makan tengahari. Biasanya acar timun ini dipadankan dengan masakan kari atau masakan kurma daging atau ayam baru lah sedap. Kebetulan hari ini saya masak kari ayam. Sebab itu lah ada acar timun. Tujuannya untuk menyejukkan badan apabila kita makan kari yang panas tu. So, buat acar timun ni... sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Lihatlah resepi nya....




Resepi Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (dihiris nipis-nipis)
1 biji cili merah (dipotong)
1 labu bawang besar (dihiris)
sedikit buah nenas (dihiris kecil)
sedikit cuka makan
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Timun dihiris nipis, kemudian direndam 
   sebentar di dalam air garam. Kemudian
   toskan.
2. Semua bahan-bahan di atas dimasukkan 
   di dalam satu bekas dan digaulkan agar
   bercampur.
3. Rasakan masam manisnya. Siap untuk 
   dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan