Ahad, 21 April 2013

Ayam Masak Madu


           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam di hari minggu untuk teman-teman semua di dunia maya ini. Entri kali ini mengenai masakan lauk pauk. Tak tahu nak masak apa... Tengok resepi Ayam masam masak madu Che Mat Gebu, tergoda lah pula. Nampak sedap je. So saya cubalah resepinya. Alhamdulillah sedap rasanya. Anak-anak pun suka sangat masakan ni. Siap pesan lagi, lain kali masak lagi. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasik bebanyak kepada CHE MAT GEBU di atas resepi ini.






Resepi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan:

500 gm ayam
3 sdb cili kisar
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sdb cili sos
3 sdb madu
1 sdt serbuk lada hitam
2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-
              dihiris
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Garam
air secukupnya

Caranya:

1. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
2. Ayam diletak garam kunyit, kemudian 
   digoreng hingga warna keemasan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk 
   hingga berminyak. Kemudian masukkan 
   cili kisar biarkan sehingga cili masak.
4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, 
   biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, 
   hirisan bawang besar dan hirisan cili. 
   Gaul rata dan masak hingga pekat.
   Rasakan, dan jika perlu masukkan garam.
   Barulah diangkat untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan