Jumaat, 28 Februari 2014

Nasi Ayam


            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Hari ini terasa rajin pula memasak nasi ayam untuk makan tengah hari ini. Ini adalah kali kedua saya cuba memasak nasi ayam menggunakan resepi dari Azie Kitchen. Terima kasih Kak Azie diatas resepinya, izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula.... ya. Ternyata memang sedap rasanya. Alhamdulillah anak-anak pun suka memakannya. Marilah kita lihat resepinya...






Resepi Nasi Ayam Istimewa

Bahan-bahan: (6 hingga 8 orang)

Untuk rebus:
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yang diketuk

Untuk perap:
1 sdb kicap pekat
1 sdb sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair
sedikit minyak bijan

Caranya:
1. Ayam dipotong ikut suka besarnya,
   bersihkan dan dilumur dengan 2 ula bawang
   putih dan 2 cm halia yang diketuk. Rebus
   sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan 
   perap dan tabur sedikit gula dan garam. 
   Simpan dalam peti sejuk selama 15-20 
   minit. Lumur sedikit madu. Goreng hingga
   keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit
   sebelum dihidangkan. ( saya hanya bakar
   sahaja)

Tips - ayam digoreng sekejap sahaja 
iaitu secara touch and go- barulah 
ayam lembut.

Untuk nasi:
5 cawan beras
3 sdb butter
1 cm halia (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam
1 kunyum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai- diketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning

Cara memasaknya:
1 Basuh beras dan toskan. Panaskan butter,
  tumis bahan menumis, daun pandan, serai, 
  halia serta bawang putih hingga garing.
2.Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga 
  terbit baunya. Masukkan air rebusan ayam 
  secukupnya dan garam. Masukkan sedikit 
  pewarna. Masak seperti biasa.

Untuk sos:
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sdt cuka
1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/ sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

Untuk sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
sedikit rempah sup
Garam secukupnya
Daun sup/ daun bawang yang dihiris

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan.


Untuk kicap:

kicap manis cap kipas udang
gula secukupnya
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sehingga jadi pekat. Bolehlah dihidangkan dengan sayur-sayuran.




Nazirahnyerr MiniGA Sempena 3rd Anniversarry


             Assalamualaikum wrh... wbr...



Marilah kita ramai-ramai menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Nazirah sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 tahun. Semoga perkahwinannya akan terus berkekalan hingga ke Jannah. 

Kepada sesiapa yang nak join juga bolehlah klik kat banner ya.....



Sabtu, 22 Februari 2014

Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb


         Assalamualaikum wrh... wbr....



Marilah kita sama-sama join segmen anjuran Nabila Biela ini. Hadiahnya pun superb. Kalau nak join bolehlah klik kat banner.

Tarikh Tamat 24 hb. Feb 2014



Jumaat, 21 Februari 2014

First Giveaway By Izni Sofea


            Assalamualaikum wrh wbr.....


            Teringin pula nak join giveaway yang dianjurkan oleh Izni Sofea. Melihatkan hadiahnya pun best-best juga. Jadi, kalau teman-teman nak ikut join juga bolehlah klik kat banner.... ya. Marilah kita pakat-pakat join.
                        
               Tarikh tamatnya 30 March 2014. 


Khamis, 20 Februari 2014

Kerabu Kacang Botol / Kelisa


           Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia di pagi Jumaat yang penuh barokah ini, semoga teman-teman semua berada dalam lindungannya selalu. Pagi ini saya entrikan tentang masakan kerabu kacang botol atau kacang kelisa. Kacang ini memang sedap dimakan dengan sambal belacan. Tetapi lebih sedap lagi kalau kita buatkan kerabu utuk dimakan bersama-sama nasi beserta lauk-pauk yang lain. Macam-bahan ramuan boleh dimasukkan di dalam kerabu ini. Tapi inilah kerabu kacang botol versi saya. Cubalah try......






Resepi Kerabu Kacang Botol / Kelisa

Bahan-bahan:
secekak kacang botol (dihiris halus)
4 ulas bawang merah (dihiris)
1 biji cili merah 
3 biji cili api (ikut kepedasan masing2)
sedikit belacan
sedikit udang kering
sedikit kelapa parut
sedikit kerisik
garam dan gula secukup rasa
limau kasturi

Cara membuatnya:
1. Kacang botol dihiris kecil-kecil dan 
   ketepikan.
2. Tumbuk cili merah, cili api, belacan, 
   udang kering serta kelapa parut hingga
   hancur.
3. Masukkan kacang botol didalam satu
   bekas, masukkan bahan giling, kerisik,
   garam, gula serta limau kasturi. 
   Gaulkan hingga sebati. Rasakan masin
   manisnya. Siap untuk dihidangkan.

Selasa, 18 Februari 2014

Kenangan Ketika Berada di Indonesia (Part 1)


         Assalamualaikum wrh wbr.....

        Salam bahagia teman-teman semua. Belek-belek album lama teringat kenangan dulu-dulu ketika tinggal kat negara jiran , Indonesia. Datang ke Indonesia sekitar tahun 1994 dan kembali pulang ke Malaysia tahun 1998. Belajar di perguruan Tinggi Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, Tasik Malaya, Jawa Barat, Indonesia sambil menyantren di Pondok Pesantren Suryalaya, Tasik Malaya.


       Memang banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu dilalui ketika berada di sana. Tapi alhamdulillah dapat juga saya tamatkan kuliah yang hampir-hampir tertangguh diketika itu. Inilah photo kenangan ketika berlibur bersama teman-teman.








   Photo-photo di atas diambil ketika bercuti ke Jakarta. Sambil-sambil berurusan di Kedutaan Malaysia sempat lagi jalan-jalan ke Ancol, Indonesia.




          Ini pula ketika ke Jakarta menjemput abang ipar beserta keluarganya yang datang, sempat pula jalan-jalan ke Taman Mini Indonesia.



Ahad, 16 Februari 2014

Sup Telur


       Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam penuh keceriaan di hujung minggu ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendknya. Terfikir-fikir nak masak apa untuk makan tengahari ini. Cari punya cari maka terjumpalah resepi sup telur yang ringkas dan cepat dimasak ini dari blog Che Mat Gebu. Tak pernah lagi cuba masak sup telur ni. Ternyata memang sedap juga resepinya ini. Anak-anak saya pun suka. Siap suruh masak lagi di lain hari. Kira okey lah tu.... Terima kasih CHE MAT GEBU di atas resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula untuk rujukan saya di masa akan datang.






Resepi Sup Telur

Bahan-bahan:
3 biji kentang dikupas dan di potong
5 biji telur
sedikit soohun
sedikit fucuk
1 kiub ayam
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa
lada hitam kisar
sedikit bawang goreng
hirisan daun bawang

Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, 
   tumis bawang merah dan bawang putih 
   yang dihiris halus hingga harum, masuk-
   kan kentang dan kacau rata. Tuang air 
   secukupnya hingga kentang tenggelam, 
   masukkan kiub ayam. Biarkan kentang 
   empuk.
2. Pecahkan telur satu persatu ke dalam 
   periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih
   antara satu sama lain. Masak dengan api 
   kecil hingga telur mengeras. Kacau 
   berhati-hati. Masukkan fucuk dan soohun.
   Tambah garam secukup rasa serta lada 
   hitam.
3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk 
   lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
   Tabur hirisan daun bawang dan bawang 
   goreng sebelum dihidangkan.


Berkelah Di Air Terjun Sungai Gabai.


          Assalamualaikum wrh wbr....

     Bersua lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua berbahagia selalu di hujung minggu ini. Kelmarin saya sekeluarga sempat pergi berkelah di Air Terjun Sungai Gabai, di Hulu Langat. Sambil menjenguk anak bujang yang belajar di GMI Bangi, maka kami sekeluarga langsung pergi mandi-manda di air terjun tersebut. 


     First time pergi berkelah di situ, mulanya rasa cuak juga sbb tempatnya tu agak jauh ke dalam dan jalannya juga agak sunyi. Tapi bila dah sampai kat tempat berkelah tu.... rupanya ramai orang pula.




    Ada juga disediakan surau dan toilet untuk 
kemudahan para pengunjung.

                   
              Cantik air terjunnya. Tapi tempatnya 
                    agak kecil.




 Sukanya mereka ni kalau dah jumpa air. Berendam sampai tak mahu naik.




           Kebetulan dapat duduk kat cendawan batu ni. Okey jugak.


Ahad, 9 Februari 2014

1st Mini Giveaway 2014 by Shad


1st Mini Giveaway 2014 by Shad

       Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!


Jumaat, 7 Februari 2014

Jalan-jalan ke Nursery Orkid di Sungai Buloh.


            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam sejahtera teman-teman semua. Minggu lepas selepas berurusan di hospital Sungai Buloh, saya sempat lagi singgah di nursery bunga yang berdekatan dengan hospital. Sebenarnya tujuan ke nursery bunga tersebut adalah untuk mencari baja untuk bunga orkid. Almaklumlah sejak akhir-akhir ini dah berjinak-jinak pula menanam bunga orkid. Sempatlah menjamu mata dengan kecantikkan serta kesuburan orkid-orkid kat nursery bunga orkid tu.












Ini orkid jenis catleya.


          Sebenarnya spesis orkid ni bermacam-macam jenis. Yang saya tahu cuma dua jenis je, iaitu orkid vanda dan catleya. Jenis orkid yang lain-lain tu masih belum dipelajari lagi. Kalau jenis orkid vanda memerlukan cahaya matahari dan ianya boleh di tanam di tempat yang panas. Manakala orkid jenis catleya pula perlukan tempat yang teduh.



Khamis, 6 Februari 2014

Ayam Masak Kicap


          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia teman-teman semua. Entri kali ini mengenai masakan iaitu masak kicap ayam. Biasanya kalau hari-hari biasa saya akan masak yang ringkas-ringkas sahaja sbb nak cepat. Biasa lah kalau di hari persekolahan sibuk menghantar dan menjemput anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah. Apa-apa pun lihat lah resepi ayam masak kicap yang ringkas dari saya.





Resepi Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam 
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 sudu cili giling
kicap pekat
sedikit garam
sedikit daun sup dan daun bawang dipotong
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong serta dicuci bersih, di
   letak garam kunyit serta digoreng
   separuh masak.
2. Bahan yang bertanda * dimesin halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan  yang 
   dimesin hingga naik baunya.
4. Masukkan cili giling. Biarkan hingga
   cili garing. Masukkan kicap dan ayam.
   Gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan 
   bawang besar.
5. Tambahkan garam serta perasa jika suka.
   apabila dah tutup api masukkan hirisan 
   daun sup dan daun bawang. Kacaukan ia.
6. Siap untuk dihidangkan.


Isnin, 3 Februari 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014


           Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama tak join dengan peraduan giveaway ni. Melihatkan ramai dah mencuba nasib dan hadiahnya pun okey juga, maka saya pun nak mencuba juga peraduan yang dianjurkan oleh INTAN BERLIAN ni. Manalah tahu kalau-kalau terpilih jadi pemenangnya. Kalau teman-teman nak cuba juga bolehlah klik kat banner.




Syarat-syarat penyertaan:

1. Blogger yang menetap di Malaysia/ 
   mempunyai alamat di Malaysia.
2. Buat entri bertajuk "IntaNBerliaN Mega 
   Giveaway 2014".
3. Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway
   2014 dalam entry.
4. Letak link sponsor dalam entri.

       -Jubah Muslimah Moden & Gorgeous  

        Dresses
       -Awanazstyle Muslimah Shop
       -The Veil By Ruzaini Rozlan
       -Scarf Sweethoney
       -Naylisha Boutique
       -Huda Collections
       -Ecadwinkyasha

    Tarikh tutup penyertaan: 16 Februari 2014

   Nak tengok hadiah sila klik kat SINI
Pemenang dipilih secara cabutan bertuah.. Alisha yang akan cabut undi (''.)


Ahad, 2 Februari 2014

Menghadiri Majlis Perkahwinan & Perjumpaan Keluarga.



         Assalamualaikum wrh wbr....

     Berjumpa lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Sempena cuti Tahun Baru Cina kelmarin anak saudara sebelah my hubby Nawwar Binti Mohammad Ridwan telah bertemu jodoh buat kali yang kedua dan melangsungkan majlis walimatul urus di Batu Kurau, Perak. Alhamdulillah dapat juga menghadirkan diri walaupun ada sedikit halangan. Tetapi terkilan juga kerana tidak dapat hadir awal majlis akad nikah pada malam harinya.



       
        Pengantin sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua.





            Kumpulan kompang berkompang sambil mendendangkan lagu selamat pengantin baru.


     Acara makan beradab pengantin bersama keluarga.
 


       Ini pula acara memotong kek perkahwinan serta memotong kek birthday anaknya.



Majlis taaaruf keluarga Haji Muhammad Ramli.


       Bergambar kenangan bersama anak cucu cicit keluarga Haji Ramli.