Khamis, 29 Mei 2014

Kurma Telur


            Assalamualaikum wrh.... wbr....

        Hari ini saya entrikan tentang masakan kurma telur. Anak-anak dah mulai cuti pertengahan persekolahan. So tiap hari kena lah masak awal sikit, supaya mereka tak lah kelaparan. Tak payah nak membebel panjang-panjang lagi. Marilah lihat resepinya dulu.






Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan:
6 biji telur
4 biji kentang (dibelah 4)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris)
1 bungkus rempah kurma
2 biji cili hijau (dibelah 2)
santan secukupnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak masak untuk menumis

Cara memasaknya:
1. Telur direbus terlebih dahulu. Apabila
   masak dikupas kulitnya dan ketepikan.
2. Panaskn minyak, tumis kulit kayu 
   manis, bunga lawang serta bahan 
   hirisan. Biarkan sehingga layu.
3. Masukkan rempah kurma. Masak 
   hingga naik minyak. Masukkan santan,
   kentang. Masak hingga kentang empuk.
4. Masukkan telur, dili hijau. Akhir
   sekali masukkan garam serta perasa. 
   Apabila dah cukup rasa, barulah di
   angkat untuk dihidangkan.

 

Ahad, 25 Mei 2014

Puding Karamel Tanpa Telur


            Assalamualaikum wrh.... wbr.....

       Salam bahagia teman-teman di hujung minggu ini, semoga berbahagia selalu hendaknya. Dah lama teringin nak buat puding karamel tanpa telur ni. Baru hari ni berpeluang membuatnya. Tengok puding ni di dapur LINA PG, memang menarik nampak cantik je kejadiannya. Memang sedap rasanya apa lagi dimakan ketika sejuk. Anak-anak pun suka. Terima kasih Lina di atas resepinya ini. Izinkan saya letakkan kat sini pula resepinya untuk rujukan di masa akan datang. Apa-apa pun lihat resepinya dulu.



Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahan:

Bahan A (gula hangus)
2 sdb gula pasir

Bahan B (puding)
10 gram agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila



Cara membuatnya:
1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. 
   Taburkan gula ke dalam loyang, guna api 
   kecil. Masak hingga gula menjadi perang.
   Kemudian ketepikan.
2. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas
   api. Adunan mesti dikacau selalu supaya
   tepung kastad tidak bergentel.
3. Apabila menggelegak dan adunan sedikit
   pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan
   adunan ke dalam loyang yang berisi gula
   hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke
   dalam peti sejuk hingga puding 
   mengeras.Terbalikkan dan bolehlah 
   dihidangkan.




Khamis, 15 Mei 2014

Segmen : Ucapan Selamat Hari Guru


          Assalamualaikum wrh ... wbr...


Sempena hari guru yang bakal tiba nanti, saya juga ikut join segmen yang dianjurkan oleh Ayu Insyirah. Marilah kawan-kawan kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ini. Jika teman-teman nak ikut join bolehlah klik kat banner.

Dikesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan


Kepada semua guru-guru yang telah banyak berjasa mencurahkan ilmu pengetahuan, mendidik saya dan juga teman-teman yang lain di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Pendang, di Sekolah Menengah Agama Taufikiah, Padang Lumat, Gurun serta di Institut Agama Islam Latifah Mubarokiyah, Tasik Malaya, Jabar. Jasa kalian akan tetap dikenang sampai bila-bila.


Kerabu Pucuk Ulam Raja


        Assalamualaikum wrh... wbr...

       Bersua lagi di entri kali ini, mengenai masakan kerabu pucuk ulam raja. Memandangkan pokok ulam raja yang saya tanam tempohari keluarkan pucuk yang muda-muda dan banyak pula pucuknya. Maka saya bolehlah cuba buatkan kerabu pucuk ulam raja pula. 



          Lihat tu betapa banyak pucuknya. Apa lagi di musim hujan ni, makin suburlah pokoknya. 


            Saya kutipkan.... dapatlah lebih kurang secekak daunnya. Alhamdulillah  jimatlah sikit sbb tak payah beli.




  
Resepi Kerabu Pucuk Ulam Raja


Bahan-bahan:
1 cekak daun ulam raja (dihiris)
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji limau nipis (diambil jus)
garam, gula dan perasa secukupnya
1 cawan kelapa parut putih

Bahan tumbuk:
sejemput ikan bilis (saya goreng tanpa 
        minyak sekejap)
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan

Cara membuatnya:
1. Daun ulam raja dihiris halus. 
2. Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat, 
   masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi
   sehingga separa lumat.
3. Campurkan kesemua bahan yang dihiris di
   dalam satu bekas. Campurkan bahan-bahan
   tumbuk tadi.
4. Perahkan jus limau dan perasakan garamnya.
   Apabila sudah cukup mesra gaulannya, 
   bolehlah dihidangkan.


Rabu, 14 Mei 2014

Aiskrim Goreng


            Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Bersua kembali di entri kali ini, semoga teman-teman happy happy selalu hendaknya. Kali ini saya ingin entrikan mengenai masakan aiskrim goreng. Dah lama teringin nak cuba buat, baru hari ini berkesempatan membuatnya. Almaklumlah kalau ada aiskrim tak sempat disimpan lama-lama. Kejap je dah habis.


      Aiskrim goreng ni memang senang je nak dibuatnya. Marilah kita lihat caranya.....
         



Resepi Aiskrim Goreng

Bahan-bahan:
roti
aiskrim
minyak untuk menggoreng
sedikit air

Cara membuatnya:
1. Mampatkan semua roti dengan penggelek roti 
   supaya tidak menyerap minyak apabila 
   menggorengnya.
2. Lembabkan sedikit permukaan roti supaya
   melekat.
3. Skopkan aiskrim ke atas roti, kemudian 
   tutupkan aiskrim dengan permukaan roti
   yang lain.
4. Tekankan permukaan cawan keatas bahagian 
   yang ada aiskrim. Pastikan bahagian tepi
   roti bercantum.
5. Masukkan ke dalam plastik dan masukkan ke 
   dalam freezer lebih kurang 1-2 jam.
6. Keluarkan dari peti sejuk dan goreng di
   dalam minyak yang betul-betul panas
   sehingga kekuningan selama lebih kurang 20
   saat. Jangan terlalu lama supaya
   mengelakkan aiskrim cair.

 

Ahad, 11 Mei 2014

Ikan Kembung Sambal Hijau


          Assalamualaikum wrh... wbr...

      Entry kali ini saya paparkan mengenai masakan lauk pula iaitu ikan kembung masak sambal hijau. Tak tahu nak masak apa tengah hari tadi, tercari-cari kat tenet. terjumpalah masakan ikan bawal masak sambal hijau dari blog YATI MEMORIES. Jadi saya cuba masakkan ikut dari resepi Yati, tapi saya gunakan ikan kembung yang agak besar sedikit. Ternyata memang sedap juga. Terima kasih Yati. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pula ya...






Resepi Ikan Kembung Sambal Hijau

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1/2 cawan santan
sedikit air jika perlu
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Garam dan gula secukup rasa
1 papan petai (diambil isinya- saya tambah)
minyak masak

Bahan kisar:
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili hijau
10 biji cili api hijau
2 sdb ikan bilis
sedikit belacan

Cara memasaknya:
1. Ikan dicuci bersih, kelar-kelar sedikit,
   lumur dengan sedikit kunyit dan garam, 
   goreng hingga kekuningan. Angkat dan 
   ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar
   hingga terbit minyak. Masukkan santan,
   gula dan garam secukup rasa. Masak
   hingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan potongan bawang 
   besar, gaul rata dan masak hingga 
   pekat dan sehingga bawang lembut.
4. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi,
   gaul rata dan barulah diangkat.


Tanamanku


         Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia teman-teman semua, moga ceria-ceria selalu di hujung minggu ini. Di musim hujan ni, seronoklah kalau bercucuk tanam kerana tak payah susah-susah nak siram pokok. Tunggu hujan turun je.



                  

       Baru je berjinak-jinak menanam orkid ni. Ingatkan tak hidup pokoknya. Alhamdulillah hidup juga pokoknya. Tapi memerlukan perhatian juga. Tiap hari kena siram.




 Inilah pokok-pokok orkid yang belum pun mengeluarkan bunganya.



Pokok tomato yang masih lagi kecil. Saya semaikan benihnya menggunakan buah yang masak.


Ini pula pokok daun pegaga air. Saya tanam dalam polibag je.



Pokok aloevera atau lidah buaya. Banyak sangat anak pokoknya, oleh kerana sayang nak dibuang, saya cucuk-cucukkan kat atas tanah pula.


  Pokok karot atau lobak merah.





Pokok kaktus, asalnya saya tanam dengan keratan batangnya sahaja. Dah lama saya tanam pokok kaktus ni. Kalau tanam kat atas tanah mesti dah besar rupanya pokok ni.



Jumaat, 9 Mei 2014

Mafin Coklat


         Assalamualaikum wrh..... wbr....

      Salam bahagia di petang Jumaat yang penuh barokah ini, semoga ceria selalu hendaknya. Entri kali ini saya cuba buatkan mafin coklat pula. Dah lama teringin nak buat mafin ni, kali ini baru berkesempatan membuatnya. Rupa-rupanya proses buat mafin ni memang mudah dan cepat penyediaannya. Resepinya saya dapatkan dari encik google. Dah tak tahulah siapa yang empunya resepinya.





Resepi Mafin Coklat

Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
2 sdt baking powder
1/2 sdt soda bikarbonat
2 sdb serbuk koko
175 gm gula
150 gm coklat chip
250 ml susu segar
90 ml minyak masak
1 biji telur gred A
1 sdt esen vanila



Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
2. Gaul bahan basah dalam mangkuk yang lain 
   dan masukkan campuran bahan kering tadi. 
   Gaul rata, masukkan coklat chip, gaul lagi.
3. Letak dalam paper cup, tabur coklat chip
   jika suka (saya letak badam hiris). Bakar
   selama 20 minit selama lebih kurang 180 C.


Khamis, 8 Mei 2014

Giveaway 3rd Anniversary Syahoney Kitty Bermula

   
         Assalamualaikum wrh... wbr...


        Jom kita pakat-pakat join giveaway ni. Hadiahnya pun okey juga. Kalau nak ikut join bolehlah klik kat banner ya....


Isnin, 5 Mei 2014

Pulut Mangga


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Bertemu lagi kita di entri kali ini, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya... Kali ini saya entrikan mengenai pulut mangga lagi. Sebelum ini, selalu juga buat pulut mangga. Cuma pulutnya ditanak begitu sahaja. Tapi kali ini saya masakkan pulut dengan cara mengukus pula. Rasanya lagi sedap kalau pulutnya dikukus daripada ditanak.





Resepi Pulut Mangga

Bahan-bahan :
1 kg beras pulut
1 biji kelapa parut (diambil santan dan 
         dibahagi 2)
garam secukup rasa

Caranya memasaknya;

1. Beras pulut perlu direndan terlebih 
   dahulu sekurang-kurangnya 3 jam. Cuci
   bersih dan toskan.
2. Panaskan pengukus, masukkan pulut ke
   dalam pengukus. Kukuslah selama 30 minit
   atau sehingga masak.
3. Angkat pulut, masukkan ke dalam bekas
   yang lain, masukkan sedikit santan yang
   telah dimasukkan dengan sedikit garam.
   Gaulkan sehingga sekata. Kemudian 
   masukkan kembali ke dalam pengukus 
   dan kukus lagi selama lebih kurang 10 
   minit.

Untuk santannya:

Sebahagian santan lagi dicampur dengan sedikit garam, kemudian dimasak sebentar diatas api perlahan sehingga naik wap.

    Pulut kukus seperti ini memang sedap dimakan dengan buah mangga atau buah durian.




Sabtu, 3 Mei 2014

Kailan Sos Tiram


      Assalamualaikum wrh wbr.....

        Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Entri kali ini pula mengenai masakan sayur yaitu kailan sos tiram. Lihatlah resepinya dulu ya....


Resepi Kailan Sos Tiram

Bahan-bahan:
1 ikat sayur kailan
3 sudu sos tiram
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 sudu tepung jagung
garam secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara memasaknya:
1. Sayur kailan tidak perlu dipotong,
   Biarkan sehelai-sehelai. Panaskan air, 
   masukkan 1 sudu gula. Kemudian 
   masukkan sayur kailan. Biarkan seketika. 
   Kemudian angkat keluar, masukkan ke 
   dalam pinggan.
2. Dalam kuali yang lain masukkan 
   sedikit minyak, tumis bawang putih 
   bersama halia hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram, tambah sedikit air.
   Kacau sehingga ia mendidih, Masukkan
   tepung jagung yang dibancuh dengan 
   sedikit air supaya ia pekat.
4. Kacaukan ia, jika belum cukup masin
   tambah sedikit garam. 
5. Angkat dan curahkan ke dalam pinggan 
   yang mengandungi sayur kailan tadi. 
   Siap untuk dihidangkan.


Khamis, 1 Mei 2014

Giveaway Birthday by Syira Lokman


        Assalamualaikum wrh... wbr...



       Jom join Giveaway yang dianjurkan oleh Syira Lokman ini sempena birthdaynya yang ke 20. Bagi teman-teman yang nak ikut join bolehlah klik kat banner.        
                            
       Tarikh tamatnya 28 Mei 2014.



Selamat hari lahir saya ucapkan kepada Syira Lokman, semoga dikuatkan iman, dipanjang umur, dimurahkan rezeki, mendapat kebahagiaan, diberkati serta dirahmati Allah swt di dunia dan akhirat.





Puding Mangga


              Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam penuh keceriaan sempena dihari buruh ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Bagi teman-teman yang bekerja, hari ini memang dapat berehatlah ya... 

      Hari ini saya cuba buatkan puding mangga, memandangkan sekarang ni musim buah mangga agaknya sebab kat mana-mana pun kelihatan orang menjual buah mangga @ mempelam.


Resepi Puding Mangga

Bahan-bahan:
10 gm agar-agar
5 sdb gula 
500 gm isi mangga
2 1/2 cawan air
200 ml susu cair
120 ml air (untuk dikisar bersama mangga)


Cara membuatnya:
1. Kisar isi mangga bersama 120 ml air.
2. Masak agar-agar bersama air hingga larut.
3. Masukkan gula serta susu cair. Bila 
   mendidih masukkan isi mangga yang
   diblender tadi.
4. Basahkan acuan kesukaan anda. Tuang puding 
   tersebut ke dalam acuan.
5. Biarkan sejuk, barulah siap untuk dimakan.