Jumaat, 27 Jun 2014

Salam Ramadhan 2014


        Assalamualaikum wrh.... wbr.....

       Salam bahagia semua, semoga anda berbahagia selalu hendaknya. Saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam tidak kira di mana jua berada. Semoga amal ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah Azzawajalla dan semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna bagi kita semua.





         Di samping itu doa niat puasa, doa berbuka puasa serta panduan waktu imsak dan waktu berbuka puasa.


( sumber google)

        Semoga amal ibadah yang kita lakukan akan diterima dan diberkati oleh Allah swt.




Selasa, 24 Jun 2014

Puding Roti Marble


         Assalamualaikum wrh.... wbr....

      Bersua kembali di entri kali ini. Semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Kali ini saya entrikan mengenai masakan puding roti marble yang saya buatkan untuk minum petang tadi. Ternyata memang sedap puding ini terutamanya dimakan ketika sejuk.

       Sebelum ini pun memang saya pernah mencuba resepi puding roti marble ni, tapi kurang sedap sikit, mungkin sebab terlebih letakkan serbuk nescafe agaknya, so rasanya agak pahit sikit. Tapi kali ini, memang sedap rasanya. Anak-anak makan tak ada yang complain apa-apa pun. Bermakna sedap lah tu. Terima kasih saya ucapkan kepada HANA MY RESEPI, di atas resepinya ini. Izinkan saya kongsikan resepinya kat sini pula ya....



Resepi Puding Roti Marble

Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
8 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula
2 sdb butter (cairkan)
3 1/2 cawan air (230ml)
2 sdb serbuk koko
sedikit pewarna dan perisa esen pandan




Cara membuatnya:
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar 
   dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair
   dan balance air tadi (1/2 cawan). Kemudian
   masukkan ke dalam agar-agar yang sudah 
   dididih tadi.
3. Masukkan butter dan kacau sampai mendidih. 
   Matikan api.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian 
   biarkan warna asal. Saya letakkan sedikit 
   serbuk koko. Dan satu bahagian lagi saya 
   letakkan pewarna hijau dan perisa pandan. 
5. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-
   seli. Sesenduk adunan asal dan sesenduk 
   lagi adunan hijau. Ulangi sehingga habis. 
   Ketika melapis hendaklah cepat sebab
   puding cepat sangat membeku.
6. Apabila dah siap bolehlah disimpan di
   dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam. 
   Enak dimakan ketika sejuk.







Selasa, 17 Jun 2014

Tips Menjadi Isteri Solehah


            Assalamualaikum wrh... wbr...



Wahai para-para isteri janganlah lupa kita ambil hati suami sambil bersulamkan pahala.

1. Akur pada suami.

   sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.

2. Berkelakuan baik terhadap suami.

   Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah 
   laku, bahasa atau pun tindakan. Sebaliknya 
   menjadi isteri yang 'melegakan' setiap
   kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai
   suami menderita makan hati dalam diam.
   Sifat yang harus dielak ialah berleter
   dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami

   Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu
   dan ini sehingga suami pening kepala untuk 
   memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan
   sampai suami terpaksa menerima rasuah 
   atau salah guna kuasa semata-mata ingin 
   memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami.

   Ramai isteri yang tidak suka bersolek di
   rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada
   isteri yang merasakan mereka sudah tua dan
   tidak perlu bersolek hatta mengenakan
   sedikit gincu untuk kelihatan cantik di
   mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki
   sukakan kecantikkan terutama melihat wanita
   yang menawan. Walaupun suami tidak pernah 
   bersungut tetapi hakikatnya mereka suka 
   melihat jika isteri bersolek seadanya agar 
   sentiasa kelihatan manis dan menarik. 
   Sebolehnya ubah imej mengikut citarasa
   suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan 

   suami. Jangan biar malaikat melaknati
   isteri yang  menderhaka atau sering 
   menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan kepada 

   suami. Ingatkan suami dan berpesan dalam
   apa jua keadaan.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami.

   Ia dapat mengelakkan daripada membuat 
   perkara yang tidak elok.

8. Jangan membelakangkan suami.

   Mesti minta izin terlebih dahulu walaupun
   tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara
   suami menghormati suami. Biarpun perkara
   kecil, setiap isteri perlu menjaga hati
   suami.

9. Jaga harta suami.

   Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan 
   jangan sesekali menyalah guna atau 
   menggunakannya untuk kepentingan diri 
   sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat

    salah/menderhaka pada suami. Jadikan ia 
    amalan biasa dan jangan sesekali
    lengahkan, buat tidak tahu atau tunggu
    hari raya baru meminta maaf. Sesungguhnya
    isteri begini  sentiasa dilaknat oleh
    para malaikat.

11. Solat bersama suami.

    Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, 
    sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk 
    merapatkan hubungan dan mengelakkan 
    menderhaka kepada suami.

12. Jangan memperkecil pemberian suami. 

    Biarpun tidak seberapa, sebaliknya kena 
    berterima kasih dan hormati dirinya 
    sebagai suami terutama bagi isteri yang 
    berkedudukan dan  berjawatan tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami.

    Isteri sedemikian akan dimuliakan di
    akhirat.

14. Pandang muka suami apabila bercakap.

    Lihat dan tenung dengan penuh kasih 
    sayang, ia lebih dekat dihati. Bukan
    bercakap membelakangkan atau sambil
    membuat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan)

    dalam rumahtangga. Jangan biar suami
    berubah hati dan mencari wanita lain.
    Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana
    ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami. Beri

    kebebasan dengan atasan yang wajar. 
    Jangan terlalu prasangka sampai asyik 
    telefon bertanya suami dimana, sentiasa
    bertekak, check telefon suami hingga
    suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja.

    Walaupun penat tetapi satu-satunya cara 
    memikat suami ialah dengan cara memberi 
    sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami.

    Guna ayat-ayat alquran dan bukannya bomoh 
    untuk menambat hati suami. Ingatlah, doa 
    adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air
    setiap kali suami pulang dari kerja.

        Semoga kita mengambil panduan daripada perkara2 tersebut dan semoga apa yang kita lakukan akan sentiasa diberkali Allah selalu.



      

Isnin, 16 Jun 2014

Pekan Rabu Alor Setar


           Assalamualaikum wrh..... wbr.....

    Bersua kembali di entri kali ini, semoga teman-teman semua sihat sejahtera selalu. Cuti pertengahan persekolah kelmarin sempat juga kami pulang ke kampung menjenguk orang tua. Jadi sempatlah juga jalan-jalan ke Pekan Rabu Alor Setar.


    Seperti mana teman-teman semua maklum, sesiapa yang datangke Alor Setar, tempat yang wajib disinggah untuk membeli oleh-oleh ialah Pekan Rabu. Kat sini semua barang dapat diperolehi seperti kuih-kuih kering, kerepek, dodol, manisan dan macam-macam lagi. Selain itu, ada juga dijual baju-baju melayu, telekung, kain pelikat, songkok, kopiah dan pelbagai. Kat bahagian bawah pula ada dijual barangan kraftangan, barangan tembaga dan macam-macam lagi.


   
Bangunan Pekan Rabu Alor Setar. Kalau dulu Pekan Rabu ni lah tempat kami menyinggah bila nak balik ke rumah sewaktu bekerja kat Sekolah Darul Ulum, Tandop, Alor setar. Semua tu dah tinggal kenangan.




 Baju-baju melayu memang banyak dijual dengan 
pelbagai saiz dan warna.



 Tidak ketinggalan juga baju-baju muslimah.


  
   Selain itu juga ada dijual kuih-kuih kering, kerepek, manisan dan macam-macam lagi.Pokoknya macam-macam ada lah. Kalau nak raya eloklah shopping kat sini.


  
Inilah barangan yang saya suka kraftangan seperti tudung saji, tikar mengkuang serta barang-barang anyaman dan macam-macam lagi.



Permandangan luar diambil dari bangunan 
Pekan Rabu.


Ahad, 15 Jun 2014

1st Giveaway by Oh My Fariza

         
           Assalamualaikum wrh... wbr...



       Kali ini saya join giveaway yang dianjurkan oleh Fariza - Warna-Warni Kehidupan. Jika teman-teman nak ikut join juga silalah klik kat banner.

     Tarikh tutupnya 30 hb Jun 2014.


Ahad, 8 Jun 2014

Kuih Apam Pandan


           Assalamualaikum wrh..... wbr.....

      Salam ceria teman-teman semua, dimusim cuti ini mungkin ada di kalangan ibubapa yang mengambil kesempatan membawa anak-anak serta keluarga bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing. Walau apa pun jua, semoga anda dapat mengisi masa cuti ini dengan kegiatan yang berfaedah untuk anak-anak kita. 

      Bercerita mengenai entri kali ini, saya entrikan mengenai kuih apam yang saya buatkan petang tadi untuk minum petang. Sebenarnya mengikut resepi adalah kuih apam mekar pandan. Tapi entah mengapa apam yang saya buatkan tak mekar sedikit pun. Tak tahu lah apa salah dan silapnya. Tak kisah lah.... walau pun apamnya tak mekar tapi tetap gebu dan sedap rasanya. 





Resepi Kuih Apam Mekar Pandan

Bahan-bahan:
225 gm gula pasir
2 biji telur
250 tepung gandum
1 sdk ovalette
1 sdk baking powder
150 ml air soda-sprite
pewarna yang digemari



Cara-caranya:
1. Siapkan pengukus, biar wapnya keluar
   dengan banyak.
2. Pukul telur dan gula hingga betul-betul 
   kembang.
3. Masukkan ovalette dan pukul lagi
4. Ayakkan tepung dan baking powder.
5. Masukkan tepung berselang seli dengan air 
   sprite. Pukul hingga kental dan pekat.
6. Masukkan perisa pandan, bahagikan kepada
   dua bahagian. Letakkan warna yang digemari.
7. Susun paper cup dalam acuan lompang. Tuang 
   ke dalam paper cup secara berselang seli.
8. Kukus selama lebih kurang 20 minit, sedia 
   untuk dihidangkan.


Selasa, 3 Jun 2014

Segmen : Saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com


         Assalamualaikum wrh.... wbr....



Kali ni saya join dalam segmen saya nak watermark by kapas-putih.blogspot.com. Jika teman-teman nak join juga boleh klik kat banner. Tarikh tamat  8 hb Jun 2014.

url blog : http://www.dielacraft.blogspot.com
perkataan : Diari Diela



Asam Pedas Ayam


           Assalamualaikum wrh.... wbr.....

      Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu. Hari ini saya entrikan tentang masakan ayam masak asam pedas. First time masak asam pedas ayam ni.... biasanya saya masak asam pedas ikan je. Masakan asam pedas sebelah Kedah kuahnya cair manakala masakan asam pedas sebelah Johor kuahnya agak pekat. Jadi hari ini saya cuba masak resepi asam pedas dari Che Mat Gebu.

      Memang sedap juga rasanya asam pedas ni. Apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Memang terangkat. Anak saya pun suka. Izinkan saya copykan resepinya kat sini pula.... ya. 





Resepi Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (potong kecil)
1 biji terung bulat
1 pokok sawi jeruk (tak letak)
2 gengganm daun kesom
1 1/2 cawan jus asam jawa
1 1/2 cawan cili kisar
garam dan secubit gula

Bahan tumbuk:

8 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia tua
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 1/2 sdb lada hitam biji 

Cara memasaknya:

1. Ayam dibuang kulit, dicuci bersih dan 
   ditoskan. Terung dibelah 6.
2. Panaskan minyak ke dalam periuk, tumis 
   bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili 
   kisar dan masak lagi hingga naik minyak. 
   Masukkan ayam dan gaul rata. Biarkan 
   hingga ayam sedikit kecut.
3. Masukkan air secukupnya (anggaran 1500
   ml). Reneh hingga ayam 3/4 masak.
4. Masukkan terung, daun kesom, jus dan asam 
   jawa. Masukkan garam secukup rasa dan
   sedikit gula sebagai pemangkin rasa. 
   Biarkan menddih dan hingga terung lembut.
   Rasa, jika dah okey matikan api. Siap untuk
   dihidangkan.


Ahad, 1 Jun 2014

Kuih Kaswi Tepung Pulut


         Assalamualaikum wrh.... wbr.....

     Salam bahagia untuk semua, moga hari ini lebih ceria dari hari-hari sebelumnya. Aduh.... petang-petang begini terasa lapar lah pulak. Apa lagi, cuaca baru je lepas hujan. Alhamdulillah.... bertambah suburlah pokok-pokok tanaman saya. Teringin nak makan kuih kaswi tepung pulut, maka saya buatlah setengah adunan. Buat banyak-banyak kan nanti tak habis pulak. Melihat dari dapur YATI MEMORIES teringin pula saya nak mencubanya. Baru hari ini berkesempatan membuatnya.

     Memang sedap kuih kaswi ni. Tak sangka pula anak-anak saya pun suka. Menyesal pula buat setengah adunan. Tak apa... lain kali boleh dibuat lagi. Minta izin ya Yati saya copykan resepinya kat sini untuk rujukan saya nanti.





Resepi Kuih Kaswi Tepung Pulut

Bahan-bahan:

Bahan A
2  cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
1/2 sdt air kapur yang pekat
2 cawan air
sedikit pewarna coklat (tak letak pun tak apa)

Bahan B
3/4 cawan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1/2 sdt garam
2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpul)

Bahan C
kelapa parut muda kukus
sedikit garam



Cara membuatnya:

1. Campur bahan-bahan A dalam mangkuk dan
   kacau rata. Ketepikan.
2. Campur bahan-bahan B dalam periuk dan
   masak hingga mendidih. Tuangkan kedalam
   bahan A dan kacau rata. Tapiskan adunan.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang/acuan yang 
   bergris. dan dipanaskan dahulu. Kukus
   selama 30 minit jika menggunakan loyang dan
   15 minit jika menggunakan acuan lompang.
4. Biarkan benar-benar sejuk baru dipotong.
   Sajikan dengan kelapa parut.