Ahad, 17 Ogos 2014

Majlis Perkahwinan Anak Saudara


         Assalamualaikum wrh..... wbr.....

       Hari minggu semalam 17hb Ogos 2014, adalah hari berlangsungnya majlis perkahwinan anak saudara Mohd Naim dan Khairanie. Jadi terasa penatlah juga, kerana sibuk menyiapkan persiapan apa yang patut serta menerima kunjungan daripada saudara-mara daripada kampung. Alhamdulillah majlisnya berlangsung dengan lancar. Layanlah pic yang sempat diambil pada majlis tersebut.




Tetamu yang hadir sedang menjamu selera.

  
Pasangan pengantin baru.


Saudara mara berborak sambil menikmati kambing golek.


Lihat kat belakang tu.....siap beratur lagi, menunggu giliran untuk menikmati daging kambing golek.


Bergambar bersama pengantin baru.




Ahli keluarga pengantin lelaki.


Keluarga abang ipar bergambar bersama pengantin.


Pengantin bergambar bersama kedua-dua orangtua mereka.
                 

           Sebelum balik sempat lagi rembat sejambak bunga kekwa yang cantik ini.



SELAMAT PENGANTIN BARU Mohd Naim bin Mohd Rais dan Siti Khairanie binti Amran, semoga perkahwinan kalian akan kekal hingga ke Jannah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan