Jumaat, 5 Disember 2014

Kuih Bingka Nangka


    Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman semua. Dah lama saya tak bakar membakar ni, bukan apa cuma oven buat hal... rosak pulak. Baru-baru ni balik kampung. Ada oven saya yang lama (dihantar untuk kegunaan kat kampung) oleh kerana tak ada orang pakai kat kampung, jadi saya ambillah balik. Nanti buruk siku lah pulak. Daripada rosak begitu saja lebih baik saya gunakan.

   Kali ini saya cuba buat bingka nangka pula. Kebetulan ada buah nangka sebiji, anak-anak pun tak suka makan daripada terbiar begitu saja saya cuba buatkan kuih bingka nangka.


    Inilah rupanya bingka nangka, biasanya pernah lihat orang buat bingka cempedak je kat blog. Jadi kali ini saya cuba buat bingka nangka pula. Rasanya boleh tahan juga sedap, tapi rasa buah nangkanya kurang menyerlah. Mungkin kena letak isi nangka lebih sedikit agaknya kerana buah nagka ni kurang kuat baunya, tak seperti buah cempedak. 

   Terima kasih tuan punya resepi, dah tak ingat dah siapa yang empunya resepinya. Izinkan saya share kan kat sini untuk rujukan saya nanti ya...



Resepi Kuih Bingka Nangka

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan isi nangka masak -blender halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
sedikit margerine
secubit garam
sedikit pewarna kuning (untuk naikkan warna)
sedikit bijan


Cara membuatnya:

1. Sapukan magerine dipermukaan acuan bingka

   dan letakkan di dalam oven yang 
   dipanaskan terlebih dahulu.

2. Satukan semua bahan kecuali margerine dan 

   kisar hingga halus dan sebati.

3. Tuangkan dalam acuan panas dan taburkan 

   sedikit margerine dipermukaan adunan 
   bingka.

4. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan

   suhu 180 - 200 C selama 45 minit.

5. Bila dah masak, sejukkan dahulu sebelum 

   dipotong untuk dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan