Isnin, 20 April 2015

Roti Goreng Salut Telur


      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Hari ni bangun pagi, perut terasa lapar sangat. Dilihat ada sebuku roti yang berbaki. Lagi pula stok telur pun masih ada, jadi telur lah sarapan pagi ini. Anak-anak pun cuti sekolah kerana kelmarin ada sukan sekolah. Jadi dapatlah berehat satu hari lagi, tak perlu hantar ambil mereka pergi dan balik dari sekolah.

   Resepi roti salut telur ringkas sahaja saya buat gunakan bahan yang ada di rumah sahaja.


Resepi Roti Goreng Salut Telur

Bahan-bahan:
Beberapa keping roti potong
3 biji telur
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menggoreng roti


Cara memasaknya:
1. Pecahkan telur, masukkan garam, gula serta 
   lada sulah. Kacau sehingga ia bercampur.
2. Panaskan kuali leperm masukkan sedikit
   minyak. Kemudian celupkan roti ke dalam
   telur, masak di atas kuali tadi dengan
   menggunakan api kecil.
3. Balik-balikkan ia sehingga masak, bolehlah 
   diangkat. Ulangi sehingga habis. Sedap
   dimakan bersama sos cili.


Selasa, 14 April 2015

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie


        Assalamualaikum wrh... wbr...

http://hidayuayumie.blogspot.com/2015/04/giveaway-i-am-keychain-by-hidayuayumie.html

      Jom sama-sama kita join giveaway anjuran Hidayu Ayumi sempena birtdaynya yang ke 25. Syaratnya pun mudah je. Tarikh tamatnya 30hb April 2015. Jika nak join bolehlah klik kat banner.


Selasa, 7 April 2015

Peria Goreng


    Assalamualaikum wrh... wbr...

      Lama tak update tentang masak-memasak. Bukan apa, penyakit m melanda lagi. Kalau masak untuk makan pun masak yang ringkas-ringkas je. Kali ni saya updatekan mengenai masakan sayur peria goreng. Ramai orang yang tak suka makan  sayur peria ni disebabkan rasanya yang pahit. Untuk mengurangkan rasa pahitnya, selepas dipotong peria rendamkan dengan air garam. Apa-apapun lihatlah resepi peria goreng yang ringkas dari saya.



Sayur Peria Goreng

Bahan-bahan:
1 biji buah peria
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji cili besar *
2 biji cili api *
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
sedikit sos tiram


Cara memasaknya:
1. Buah peria dipotong-potong kecil, kemudian 
   rendam dengan air garam untuk mengurangkan 
   rasa pahit.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bahan 
   tumbuk hingga sedikit garing. Masukkan
   peria, kacau sekejap. Jika terlalu kering
   tambahkan sedikit air. 
4. Masukkan sos tiram, garam serta sedikit
   gula secukup rasa. Apabila sayur peria 
   sudah layu, pecahkan sebiji telur ke dalam
   sayur. Kacau lagi. 
5. Bila dah masak, tutupkan api, siap untuk di
   hidangkan.



Ahad, 5 April 2015

Contest Buy AVON Online


     Assalamualaikum wrh... wbr...


Jom kita join contest Buy Avon online

Caranya:
1) Share post ini
2) Follow blog
   http://avononlinemalaysia.blogspot.com.
   (kanan blog)
3) Follow Google +1 kami juga ya! (kanan blog)

5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10
Pemilihan adalah secara RANDOM!! Dengan syarat korang follow semua 3 syarat yang diberikan!! Ok??
Simple Contest For Great Gift =)
GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!
Selamat mencuba!!!
http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html

Kalau nak join kenalah klik kat banner.




Jumaat, 3 April 2015

Majlis Pertunangan Sepupu


     Assalamualaikum wrh... wbr...

    Cuti kelmarin saya dan keluarga sempat menghadiri majlis pertunangan sepupu Norain binti Abdul Hamid dengan Mohd Izat di Jeniang, Kedah. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuma rombongan dari pihak lelaki sampai agak lewat sedikit. Rombongan pihak lelaki datangnya dari Alor Setar, Kedah.

Kek bertunang.



      Adik saya Syajarotun dan emak tak ketinggalan bergambar bersama sepupu.



My sepupu bersama bakal suaminya.


     Sepupu bergambar bersama barangan buah tangan daripihak lelaki.


     Balasan buah tangan dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.


Buah tangan dari pihak lelaki.


     Tak ketinggalan juga Ezzati bergambar kat depan pelamin.

     Didoakan semoga ikatan pertungangan antara Norain Dan Mohd Izat akan terus berkekalan hingga ke jinjang pelamin... Insyaallah.