Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi kita dientri kali ini, dah lama blog ni tak berupdate, bukan apa moodnya sering ke laut je. Menunggu minggu-minggu terakhir disaat kelahiran baby yg ke lima ini, memang perasaan takut dan berdebar-debar pun ada. Apa pun mudah-mudahan proses kelahiran nanti akan dipermudahkan dan selamat, insyaallah.
Pagi ni teringin pula nak makan kue teaw goreng, apa lagi teruslah ke kedai berdekatan, beli bahan-bahannya. Alhamdulillah... dapatlah juga makan kue teaw masakan sendiri. Kalau makan yg dibeli, banyak songeh betul tak sedaplah tak menepati cita rasa lah, ada-ada saja yang tak kena.
Jom lah lihat resepi yang ringkas dari saya.
Resepi Kue Teaw Goreng
Bahan-bahan:
1 bungkus kue teaw
4 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit isi daging/ayam/udang
1 biji telur
1 ikat daun kucai (dipotong)
sedikit sayur taugeh
setengah kiub ayam/ daging
sos tiram
sos ikan
sos cili
kicap pekat
sedikit minyak utk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga
sedikit garing, masukkan daging. Goreng
sebentar.
2. Masukkan kicap,sos tiram, sos ikan, sedikit
sos cili serta kiub ayam. Masukkan garam
serta sedikit gula jika perlu.
3. Masukkan kue teaw,sayur taugeh serta sayur
kucai. Digoreng seketika, akhir sekali
pecahkan telur. Dikacau lagi.
4. Rasakan ia, jika dah ok rasanya, bolehlah
diangkat untuk dihidangkan.
Sedap dimakan panas-panas bersama air teh atau kopi.