Ahad, 1 Mei 2016

Pajeri Terung


            Assalamualaikum wrh... wbr...

     Hari ni 1 hb Mei 2016, adalah hari buruh. Selamat bercuti diucapkan kepada semua pekerja-pekerja yang berada di Malaysia. Mungkin ada yang mengambil kesempatan pergi jalan-jalan atau balik ke kampung. Jadi kepada mereka berhati-hatilah dijalan raya.

     Cuti hari buruh ni kita tak kemana-mana pun. Jadi kat rumah kenalah masak sbb anak-anak semua berkumpul. Makan tengahari ni saya masak pajeri terung, kerabu pucuk ceylon dan goreng ikan masin. Wah... siap bertambah-tambah nasi, maklumlah dah lama tak makan ikan masin. Jadi... jomlah kita tengok resepi pajeri terung.


Resepi Pajeri Terung

Bahan-bahan:
2 batang terung (dipotong)
sejemput udang kering
2 peket kecil rempah kari ikan
santan secukupnya
kerisik
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang kulit kayu manis
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis



Cara memasaknya:

1. Panaskan kuali, goreng terung dengan minyak
   hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak, 
   tumis bawang merah, bawang putih, halia, 
   udang kering serta kulit kayu manis hingga 
   sedikit layu.
3. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan
   sedikit air. Masak rempah hingga wangi dan
   naik minyak.
4. Masukkan kerisik dan juga santan, biarkan
   sehingga medidih. Masukkan pula terung yang
   digoreng tadi.
5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan
   sedikit perasa jika suka. Rasakan, jika
   sudah secukup rasa barulah diangkat dan 
   dihidangkan.




 

1 ulasan: