Ahad, 10 Disember 2017

Kuih Cara Berlauk


               Assalamualaikum...

      Selamat pagi... semoga anda semua ceria serta berbahagia selalu. Lama tak buat kuih cara berlauk. Kelmarin saya buatkan kuih cara berlauk untuk dibawa kepengajian...

       Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu, kerana kuih caranya sangat sedap dan lembut.


Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk lauk:

200 gm daging cincang
2sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia

Bahan taburan:
1 pokok daun bawang (dihiris)
2 biji cili merah(buang biji dan dihiris 
      halus)
sedikit bawang goreng jika suka

Cara membuat inti:
1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak

   dan tumis bahan-bahan tumbuk.
2. Bila rempah naik bau, masukkan daging 
   cincang. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan rempah kari, sos tiram,
   garam dan gula secukup rasa serta lada 
   hitam jika suka.
4. Biarkan sehingga daging masak dan kering
   sambil dikacau sekali sekala. Angkat dan
   ketepikan.



Bahan kuih cara:
300 gm tepung gandum
690 gm santan pekat
2 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb minyak masak
pewarna kuning

Caranya:
1. Satukan tepung, garam dan telur di dalam
   sebuah bekas.
2. Masukkan santan sdikit demi sedikit sambil
   dikacau dengan whisk hingga menjadi adunan
   yang licin dan halus.
3. Masukkan pewarna dan minyak, kacau rata.

Untuk membuat kuih cara berlauk:
1. Panaskan acuan kuih cara, untuk permulaan
   sapu minyak pada acuan. Step ini dilakukan
   pada permulaan sahaja, tidak perlu 
   seterusnya.
2. Tuangkan adunan dalam acuan, letakkan

   bahan inti serta bahan taburan.
3. Tutup acuan supaya kuih cepat masak. 
   Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.



Sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau hidangan dimajlis2 tertentu.

Jumaat, 8 Disember 2017

Kari Ayam Kapitan


           Assalamualaikum...

      Selamat petang... semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini saya entrikan mengenai kari ayam kapitan, memandangkan anak2 semuanya suka ayam, bosan selalu masak kicap, goreng letak garam kunyit je... Jadi,  kali ini saya cuba masakkan kari ayam kapitan pula. Sukanya anak2, ada yang makan nasi berulang kali. Kalau anak-anak cakap sedap, kira ok lah tu. Bolehlah dimasak selalu.

      Saya cuba dari resepi Singgahsana Kitchen, cuma saya tambahkan ubi kentang. Terima kasih Iza Akma resepinya ini... izinkan saya letakkan resepinya di sini pula ya...


Resepi Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahan:
1 kilo ayam
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam halus
2 cawan pati santan
3 helai daun limau purut
1 sdb gula merah
1 sdb jus limau nipis
2 biji kentang (di belah2)
minyak utk menumis dan menggoreng

Bahan kisar:
20 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
2 batang serai
6 biji cili merah
8 tangkai cili kering
sedikit belacan

Hiasan:
bawang goreng
daun pudina (tak letak)


Cara memasaknya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan
   garam halus, perap selama 4 jam (saya 
   pun tak perap lama sbb nak cepat).
   Kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan kuali, masukkan sdikit minyak 
   dan tumis bahan kisar tadi hingga naik 
   bau dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng
   tadi serta kentang, biarkan selama 6-7 
   minit.
4. Masukkan pula pati santan, daun limau 
   purut, gula merahs serta jus limau nipis. 
   Kacau dan biarkan sehingga kentang empuk.
5. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan
   dengan bawang goreng serta daun pudina.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.



Khamis, 7 Disember 2017

Masak Lemak Ikan Kembung


       Assalamualaikum...

     Selamat malam semua... semoga anda semuanya sihat. Baru sekarang dapat update my blog. Kali ini bercerita pula tentang masakan lauk kegemaran encik suami yaitu masak lemak cili api. Kali ni saya masakkan masak lemak cili api ikan kembung letak kacang buncis serta sedikit petai. Memang berselera sangat makan nasi. Jom tengok resepinya...



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung yg besar (dipotong)
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
Beberapa batang kacang buncis (dipotong)
sedikit isi petai
3 cawan santan
2 batang serai diketuk

Bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
2 inci kunyit
15 biji cili api
2 inci lengkuas


Cara memasaknya:

1. Bawang besar, kunyit hidup, lengkuas 
   serta cili dikisar hingga lumat.
2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam 
   santan dan ikan.
3. Kalau perlahan-lahan sehingga mendidih
   untuk mengelak ikan hancur serta santan
   tidak pecah.
4. Masukkan asam keping, serai serta daun
   kunyit yang disimpul. Kemudian masukkan
   pula kacang buncis dan sedikit petai. 
   Kacau lagi.
5. Masukkan garam serta perasa jika suka.
6. Setelah masak, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama lauk pauk yg lain.


Ahad, 3 Disember 2017

Roti Jala Kuah Durian

    
      Assalamualaikum...

    Selamat tengahari dan selamat bekerja kepada teman2 yang sedang bekerja di ketika ini, semoga anda semua ceria2 selalu hendaknya.

    Hari ni saya buatkan roti jala pandan untuk sarapan pagi ni. Memandangkan lebihan durian hari tu masih lagi berbaki, saya simpan kat dalam freezer, jadi ianya tahan lebih lama. Buka je peti ais... semerbak harum bau durian. Mana boleh tahan. So saya masakkan serawa durian. Boleh juga dimakan bersama roti gardenia atau roti jala.

    Jadi disini Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu. Memandangkan kejadian rotinya menjadi dengan cantik dan lembut, rasanya pun sedap. Cuma saya tukarkan pewarna kuning kepada pewarna hijau dan ditambah pula dengan sedikit paste pandan. Jom tengok resepinya...



Resepi roti Jala Pandan

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder (tak letak pun takpa)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (boleh guna air atau          santan)
3-4 titik pewarna hijau

sedikit paste pandan
4 sdb mentega (dicairkan serta disejukkan)
1 biji telur
garam secukup rasa



Cara memasaknya:

1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak
   ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang
   ditengah tepung. Masukkan telur yang
   dipukul sedikit dan kacau rata.
2. Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air
   dan kacau lagi hingga licin dan tidak 
   berbintil2. Masukkan mentega cair, pewarna
   kuning serta garam secukup rasa. Kacau 
   rata dengan whisk, kacau adunan dan 
   tapiskan.
3. Panaskan non stick pan, kacau bancuhan
   roti jala dan masukkan ke dalam acuan.
   Kemudian kirai diatas kuali tadi, 
   pastikan ianya bercantum antara satu 
   sama lain. Gunakan api yang sederhana.
   Bila roti jala nampak pucat, bolehlah 
   anda lipat atau gulung. Buat kaedah 
   yg sama untuk baki adunan hingga siap.



Resepi Serawa Durian

Bahan-bahan:
sebiji durian (ambil isinya)
3 helai daun pandan
1 1/2 ketul gula kabung (saya tak guna gula
     putih)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam


Cara memasaknya:

1. Cairkan gula melaka dgn air, masukkan 
   juga sehelai daun pandan yang disimpul. 
   Tapis dan masukkan je dalam periuk.
2. Masukkan juga santan pekat.
3. Masukkan daun pandan dan isi durian, tak 
   payah keluarkan bijinya.
4. Kacau kuah hingga pekat dan sebati, kacau
   selalu supaya santan tidak pecah.
5. Rasakan kuahnya. Jika dah secukup rasa,
   bolehlah diangkat.

* Kuah duria @ serawa durian ini boleh juga
  dimakan bersama pulut, roti gardenia atau
  roti jala.


Sabtu, 2 Disember 2017

Kesan Air Putih Selepas Tidur


              Assalamualaikum...

    

     Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 


     Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur.  Oleh itu tiap pagi kita perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
  
KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-
Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 
2. Meningkatkan kesuburan.
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat            yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT.


Jumaat, 1 Disember 2017

Kuih Apam Gula Merah


             Assalamualaikum...

     Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu.

     Hari ni adalah hari yg paling bahagia kerana anak bujang saya sudah pun kembali setelah 3 bulan merantau di negara orang yaitu Korea. Pada mulanya memang berat juga hendak melepaskan ianya pergi, tapi untuk kebaikkannya nak cari pengalaman mencari rezeki di negara org, maka dilepaskan juga. Alhamdulillah... katanya banyak benda yang dapat dipelajari dan juga dapat menimba banyak pengalaman baru. 

     Dah lama teringin nak makan kuih apam gula merah, so dapatlah saya buatkan hari ini. Sedap kuih apam bila dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.
Terima kasih Yati Memories di atas resepinya ini, saya copykan di sini pula utk rujukan saya nanti.


Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

Semua bahan dimasak dan disejukkan.

Bahan B
1 sdb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sdk gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air


Cara membuatnya:

1. Masak bahan A hingga gula larut dan
   sejukkan.
2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau
   sehingga berbuih.
3. Campurkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk
   besar dan masukkan sekali air gula yang
   telah didejukkan tadi.
4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
   Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan
   biarkan selama 10 minit.
5. Lengserkan loyang dengan acuan, dan
   tuangkan adunan ke dalam acuan, biarka
   selama 10 minit.
6. Kukus adunan selama 40 minit kalau acuan
   besar dengan api yg sederhana kuat.
7. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari
   acuan.


* Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.


Khamis, 30 November 2017

Mee Cintan


             Assalamualaikum... 

     Selamat pagi semua... semoga anda semua sihat2 sahaja pagi ini. Selamat bercuti kepada adik2 yang cuti sekolah, pastikan cuti diisi dengan aktiviti yg berfaedah. Juga tidak lupa mendoakan mereka yg terkena musibah banjir di Pantai Timur, semoga mereka semua berada dlm keadaan selamat dan mudah2an banjir akan cepat beransur surut.

     Musim cuti sekolah ni kaum ibulah tiap hari yg paling sibuk, menyediakan makan minum anak2. Almaklumlah anak2 semuanya berkumpul dirumah.

     Hari ni saya masak mee cintan goreng pula untuk sarapan pagi ni. Biasanya asyik masak mee atau kue tiaw goreng je... tapi kali ni masak mee cintan goreng. Mee ni sebenarnya tidak ada bahan perencahnya. Kita masak bumbunya seperti hendak memasak bihun, cuma kita gantikan bihun dengan mee cintan.
Sedap juga, sekali sekala tukar selera. Jom kita tengok caranya... 
 

Resepi Mee Cintan Goreng

Bahan-bahan:
1 bungkus mee cintan (direbus dgn air)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kisar (ikut kepedasan)
2 ekor sotong (ikut suka ayam atau udang)
2 batang sawi (dipotong)
1/2 batang karot (dipotong)
2 biji telur
sos tiram / sos tomato / kicap
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis


Caranya memasaknya:

1. Mee cintan direbus dan di toskan. Kemudian
   ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang
   merah dan bawang putih sehingga garing.
   Masukkan cili kisar hingga berminyak.
   masukkan sotong, siarkan seketika. 
3. Masukkan sos tiram, kicap, sos cili, 
   garam serta gula secukup rasa. 
4  Masukkan pula karot serta sayur sawi.Jika
   terlalu kering tambahkan sedikit air.
5. Masukkan pula mee tadi, dikacau serta
   digaul supaya bercampur dengan
   perencahnya. Bila sudah masak bolehlah
   diangkat untuk dihidangkan.


     Sesuai juga dimakan diwaktu petang atau dimalam hari.


Selasa, 28 November 2017

Roti Jala Kari Ayam


         Assalamualaikum... 

     Selamat petang teman2 semua... Cuaca hari lembab je, disebabkan hujan turun. Alhamdulillah hujan rahmat. So... hujan2 ni perut pun jadi lapar.

     Tengahari tadi saya masak kari ayam utk makan tengahari. Jadi ada lah lebihan kari tadi. Encik suami pula suggest nak makan roti jala, maka saya pun buatlah roti jala. Saya cuba resepi roti jala Che Mat. Terima kasih share resepinya. Saya letakkan resepinya disini pula ya. Jom tengok resepinya...


Resepi roti Jala

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powdwer (tak letak pun takpa)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (boleh guna air atau          santan)
3-4 titik pewarna kuning
4 sdb mentega (dicairkan serta disejukkan)
1 biji telur
garam secukup rasa


Cara memasaknya:

1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak
   ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang
   ditengah tepung. Masukkan telur yang
   dipukul sedikit dan kacau rata.
2. Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air
   dan kacau lagi hingga licin dan tidak 
   berbintil2.Masukkan mentega cair, pewarna
   kuning serta garam secukup rasa. Kacau 
   rata dengan whisk, kacau adunan dan 
   tapiskan.
3. Panaskan non stick pan, kacau bancuhan
   roti jala dan masukkan ke dalam acuan.
   Kemudian kirai diatas kuali tadi, 
   pastikan ianya bercantum antara satu 
   sama lain. Gunakan api yang sederhana.
   Bila roti jalanampak pucat, bolehlah 
   anda lipat atau gulung. Buat kaedah 
   yg sama untuk baki adunan hingga siap.

* Untuk kuahnya boleh masak kari ayam seperti biasa, kalau nak sedap lagi letak kerisik.



Isnin, 27 November 2017

Sambal Penyet


           Assalamualaikum...

   Selamat malam... bersua lagi di entri kali ini. Semoga anda semua berbahagia selalu disamping keluarga tersayang.

    Kali ini saya entrikan mengenai sambal penyet. Sambal penyet ni biasanya di makan bersama ulam-ulaman seperti timun, kacang panjang, daun2 ulam dan sebagainya. Sebenarnya saya ni bukankah penggemar sambal belacan sangat, tapi kalau ada makan jugaklah. Tapi tak selalulah buat sambal belacan ni.

     Tapi kalau sambal penyet ni kita buat seminggu sekali pun dah memadai, buat banyak2 simpan dalam peti sejuk. Nak makan keluarkan.
Tak payah lah nak buat sambal belacan tiap hari. Sambal penyet ni saya ambil resepinya dari blog Kak Nor. Memang sedap... anak2 saya pun suka. Terima kasih kak Nor resepi sambal penyet ni. Kali ini saya simpan resepinya disini pula ya...



Resepi Sambal Penyet

Bahan-bahan:
cili api hijau dan merah* (ikut suka)
cii merah* (juga ikut suka nak banyak mana)
1 biji bawang besar*
bawang putih*
asam gelugur
1 biji tomato*
ikan bilis*
gula serta garam
sedikit minyak utk menumis




Cara memasaknya:
1. Blender semua bahan yang bertanda *, 
   tapi jangan terlalu halus. 
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan
   blender tadi. Masukkan asam gelugur.
   Biarkan sehingga berminyak.
3. Masukkan garam, gula serta sedikit 
   perasa jika suka. Biarkan sehingga
   berminyak, nbarulah diangkat.



Bila dah sejuk masukkan di dalam bekas kaca, simpan di dalam peti sejuk. nak makan baru keluarkan.