Sabtu, 28 Oktober 2017

Biskut Tat Nyonya yang sedap


        Assalamualaikum...

   Hari ni terasa rajin pula membuat biskut tat nyonya. Teringin nak makan sebenarnya. Mumpung jem nenas sewaktu raya yg lepas masih berbaki, daripada rosak begitu je... sayang kan jadinya, lebih baik dihabiskan. 

   Biskut2 ni sebenarnya memang feberat, tak payah nak tunggu raya baru nak buat. Tak raya pun kita boleh makan dgn teh o panas atau kopi o panas... memang sedap.



    Dah banyak kali buat biskut tat nenas nyonya ni, tapi saya paling suka gunakan resepi dari Evelyn Gemina ni. Sedap rasanya, kuihnya taklah begitu manis... tapi cair dimulut. 



Resepi Biskut Tat nenas Nyonya

Bahan-bahan:

A
200 gm mentega berkualiti
50 gm gula aising
1 sdk esen vanila 

B
2 biji kuning telur

300gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
10 gm tepung kastad

D
inti nenas secukupnya (dibulat-bulatkan)

Cara membuatnya: 


1. Ayak adunan C, ketepikan.


2. Dalam mangkuk pengadun, pukul bahan A
   hingga lembut dan berkrim. Masukkan 
   bahan B dan pukul sebati.

3. Masukkan adunan yang dipukul ke dalam
   adunan tepung. Gaul guna tangan hingga
   menjadi doh.

4. Canai doh hingga mencapai ketebalan yang
   seuai dan sama rata. Terapkan menggunakan 
   acuan tat bunga/nyonya. Susun atas dulang
   pembakar.\

5. Satukan bahan D dan kacau rata. Sapukan 
   sedikit atas doh. Letakkan inti atasnya.
   Buat hingga habis.

6. Panaskan oven pada suhu 170C. Bakar selama
   35 minit Tau hingga tat masak. Warnanya 
   bertukar keperangan sedikit. Sejukkan 
   sepenuhnya. Bila sudah sejuk simpan di 
   dalam bekas kedap udara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan