Khamis, 19 Oktober 2017

Jalan-jalan ke Bukit Bendera


                  Assalamualaikum... selamat malam semua sahabat. Semoga anda semua sihat dan ceria selalu.

     Cuti Depavali kawan2 tak kemana2 ke...
Mungkin ada yg pulang ke kampung atau ada yang pergi bercuti. Alhamdulillah... saya juga pulang ke kampung sebentar. On the way balik sempat lagi singgah ke Penang. Dah lama tak jalan2 ke Penang. 


      Anak-anak pula sibuk nak naik feri, so bawalah mereka naik feri. Dah sampai kat seberang cari makan dulu, Best juga cuti kali ni jalan2 ke Penang tak lah banyak kereta, jalan pun tak sesak. Tiba2 pula encik suami ajak ke Bukit Bendera. Apa lagi... suka lah semuanya dapat jalan-jalan.

      Rupanya time cuti2 ni memang ramai sangat orang, beratur panjang jugaklah nak ambil tiket dan nak naik train.


     Bila dah sampai kat atas bukit bendera, best rupanya, dapat lihat pemandangan yang cantik dengan pembangunan serta pemandangan lautnya seluas mata memandang. Udaranya pun dingin dan segar seperti kat gunung Jerai.



   Suka tengok lanskapnya yang cantik.



       Sempat juga berphoto kat depan restoran. Rasa macam kat Cameron Highland lah pulak.



      Cantik pemandangannya dilihat dari atas Bukit Bendera.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan