Sabtu, 24 Mac 2018

Program Umrah Ziarah (Part 3)


               Assalamualaikum...

    Bersua lagi dikali ini bercerita tentang kegiatan umrah dan ziarah tempohari. Hari ke2, kita semua dibawa berziarah di pesekitaran kota Madinah. Yaitu ke Masjid Quba dan juga bukit memanah. 

    Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang telah bersuci (berwudhu di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba lalu shalat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan ibn Majah, no 1412).

    Pada hari pertama kedatangan Rasulullah SAW di Quba', Beliau terus membina Masjid Quba' dan ikut serta dalam mengambil beban Rasulullah SAW. Beliau tidak mengindahkannya dan menyuruh mereka membawa barang lain sepertinya.

     Setelah masjid berdiri, Rasulullah SAW menjadi imam ketika melaksanakan shalat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba' yang kiblatnya mengarah ke Masjid Al-Aqsha.








     Kami juga berkesempatan berziarah di bukit Uhud. Bukit Uhud atau lebih dikenali Jabal Uhud menjadi saksi bisu atas sebuah perang yang paling dahsyat yang pernah berlaku di dalam sejarah agama Islam. Jabal Uhud terletak kira-kira 5 kilometer sebelah barat laut Madinah. 

      Dalam peperangan tersebut, kaum Muslimin menderita kekalahan dengan gugurnya 70 orang syuhada (64 orang kaum Ansar dan 6 orang dari kaum Muhajirin) serta yang mengalami kecederaan kira-kira 150 orang termasuk Rasulullah Saw sendiri. Sementara 22 orang di pihak orang kafir Quraisy terbunuh. Dalam perang Uhud berlaku lima kali serangan balas yang dilakukan Muslimin mahupun kafir Quraisy.




   Bergambar berlatar belakangkan Bukit Uhud.



     Dibelakang kami bergambar merupakan makam para syuhada yang terkorban semasa peperangan Uhud.



     Ambil kesempatan berphoto kenangan di makam para shuhada.



Bukit memanah.
     




   Pandangan dari atas bukit memanah.


Jumaat, 23 Mac 2018

Program Umrah Ziarah (Part 2)


       Assalamualaikum...

     Bersua kembali dientri kali ini, sambungan daripada program umrah dan ziarah.

     Setelah sampai di Madinah,ahli rombongan semua berehat dan subuh besoknya baru bermulanya kegiatan solat berjemaah di Masjid Nabawi. Rasa rugi sangat jika setiap waktu kita tidak bersolat di masjid Nabawi kerana ianya mempunyai kelebihannya yg tersendiri. Sesiapa yg solat dimasjid ini akan mendapat 1000 kali ganda pahala berbanding bersembahyang di tempat lain. Seeloknya setiap waktu kita mesti solat di masjid tersebut.


     Suasana di dalam Masjid Nabawi, ketika ini diwaktu pagi. Ketika sedang menunggu untuk memasuki Raudhah (taman2 syurga). Tapi jika waktu sholat masjid akan dipenuhi oleh para jemaah yang terdiri dari pelbagai bilangan bangsa dari seluruh dunia.





   Suasana di luar masjid (didataran) ketika dimalam hari.


Khamis, 22 Mac 2018

Program Umrah Ziarah (part 1)


        Assalamualaikum wrh wbr...

     Selamat petang sahabat blogger semua. Didoakan semoga semua sahabat sihat2 sahaja hendaknya. Dah lama juga blog saya yg satu ni tak berupdate, disebabkan kesibukan yang teramat sangat bersempena dengan program umrah dan ziarah ke Madinah serta tanah suci Makkah baru2 ini. 
    
      Alhamdulillah kali ini saya, my hubby , ibu dan ayah serta 40 orang ahli rombongan yg lain dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan umrah serta ziarah pada kali ini bersama MR Travel selama 12 hari. Rasa syukur yg tak terhingga saya panjatkan kepada yg maha Esa kerana telah memberi peluang kepada kami mengikuti program tersebut. Dan alhamdulillah program tersebut dah pun berlalu, dan anggota rombongan pun dah selamat pulang ketanah air masing2. Ini hanya catatan sebagai kenangan sahaja. Mudah2an dilain masa dapat lagi kami berkunjung kesana.


    Photo kenangan diambil ketika mengadakan kursus singkat mengenai program Umrah Ziarah serta pengamalan yg dianjurkan oleh Inabah sebelum berangkat ke Umrah.
     




    Masing2 sibuk mendengar taklimat dari mutawif serta AJK MR Travel serta bacaan doa sebelum fly.


    Inilah muthawif kami Mohd Faez, yg bersiap sedia membimbing kami ketika berada di Makkah dan Madinah.

    Alhamdulillah kami bertolak pukul 3.00 ptg dan sampai ke Madinah lebih kurang pukul 11.00 malam.