Sabtu, 24 Mac 2018

Program Umrah Ziarah (Part 3)


               Assalamualaikum...

    Bersua lagi dikali ini bercerita tentang kegiatan umrah dan ziarah tempohari. Hari ke2, kita semua dibawa berziarah di pesekitaran kota Madinah. Yaitu ke Masjid Quba dan juga bukit memanah. 

    Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang telah bersuci (berwudhu di rumahnya, kemudian mendatangi Masjid Quba lalu shalat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah." (Sunan ibn Majah, no 1412).

    Pada hari pertama kedatangan Rasulullah SAW di Quba', Beliau terus membina Masjid Quba' dan ikut serta dalam mengambil beban Rasulullah SAW. Beliau tidak mengindahkannya dan menyuruh mereka membawa barang lain sepertinya.

     Setelah masjid berdiri, Rasulullah SAW menjadi imam ketika melaksanakan shalat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba' yang kiblatnya mengarah ke Masjid Al-Aqsha.








     Kami juga berkesempatan berziarah di bukit Uhud. Bukit Uhud atau lebih dikenali Jabal Uhud menjadi saksi bisu atas sebuah perang yang paling dahsyat yang pernah berlaku di dalam sejarah agama Islam. Jabal Uhud terletak kira-kira 5 kilometer sebelah barat laut Madinah. 

      Dalam peperangan tersebut, kaum Muslimin menderita kekalahan dengan gugurnya 70 orang syuhada (64 orang kaum Ansar dan 6 orang dari kaum Muhajirin) serta yang mengalami kecederaan kira-kira 150 orang termasuk Rasulullah Saw sendiri. Sementara 22 orang di pihak orang kafir Quraisy terbunuh. Dalam perang Uhud berlaku lima kali serangan balas yang dilakukan Muslimin mahupun kafir Quraisy.




   Bergambar berlatar belakangkan Bukit Uhud.



     Dibelakang kami bergambar merupakan makam para syuhada yang terkorban semasa peperangan Uhud.



     Ambil kesempatan berphoto kenangan di makam para shuhada.



Bukit memanah.
     




   Pandangan dari atas bukit memanah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan