Sabtu, 19 Mei 2018

Roti Jala Kari Ayam


       Assalamualaikum...

Selamat malam... 
Dah habis terawih ke? Sambil lepak2 sebelum tidur, update dulu blog yg satu ni.

Di bulan puasa ni rajin pulak masak-memasak dan buat kuih. Biasalah puasa2 ni... semuanya terigin. Semalam masak kari ayam, jadi adalah berbaki lagi. Jadi, hari ni saya kiraikan roti jala. Tapi roti jalanya taklah berapa cantik sangat kejadiannya, tapi tetap lembut.

Aduyai... sedap rupanya roti jala bila digandingkan dengan kari semalam. Saya ni bukanlah penggemar roti jala sangat. Biasanya saya makan dua keping je... Tapi disebabkan pekena dengan kari semalam, boleh pulak makan lebih. Mungkin bumbu karinya dah meresap. Tu yg jadi sedap sangat...



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan / susu cair
1 biji telur
sedikit garam
3 sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning

Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
   Blendkan sehingga tepung tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan kuali non stick, kiraikan roti
   jala, biarkan seketika dan barulah
   diangkat.
4. Ulangi seterusnya sehingga habis.


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 biji ubi kentang
santan secukupnya
kerisik
daun kari
rempah empat sekawan
garam secukup rasa

Bahan hiris:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan
   beserta daun kari. Kemudian masukkan bahan
   hiris. Biarkan sehingga layu.
2. Masukkan rempah kari, biarkan sehingga
   naik minyak. Kemudian masukkan ayam dan
   kentang. Biarkan sehingga rempah meresap
   ke dalam ayam.
3. Masukkan pula kerisik. kemudian masukkan 
   santan. Biar sehingga mendidih. Tambah 
   garam serta serbuk perasa jika suka.
   Biarkan sehingga kentang empuk, barulah 
   diangkat utk dihidangkan.


1 ulasan: